Ahad, 6 November 2016

5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web - Part 2

5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web (Bahagian 2/5)

2. Pemasaran Affiliate

Ramai orang bila hendak sertai mana-mana affiliate, mereka fikir perlu mempunyai sebuah blog atau laman web untuk benar-benar menjana duit dari affiliate - tetapi itu tidak benar!

Walaupun blog atau laman web terbukti berkesan dapatkan jualan affiliate, tetapi media sosial platform paling  berkuasa sekarang ini. - tidak ada laman web yang diperlukan!

Perkara yang berbaloi anda lakukan  ialah membina pengikut (follower). Mereka ini yang sebenarnya akan membeli apa yang sahaja yang anda jual dan ia mengambil sedikit masa untuk kumpul follower. Tetapi amat berbaloi! Jadi, jangan harapkan jualan bergolek-golek datang dengan hanya  tweet link affiliate atau share link affiliate secara membuta tuli di facebook.

Sebaliknya, fokus kepada  membina jaringan media sosial mengikut cara yang betul. (JANGAN membeli followers, ini termasuk:
  • Membina kepercayaan dengan pengikut anda (beri nilai tambah yang berkualiti, maklumat berharga)
  • Promosi produk yang anda sudah cuba atau mengetahui kebaikkannya.
  • Jangan terlebih menjual! (tidak perlu semua entri anda diletakkan link affiliate)

Lagi bagus kalau anda ada Facebook Fan Page ia boleh menjadi cara terbaik untuk membuat wang melalui pemasaran affiliate. Anda boleh buat Facebook Fan Page untuk apa sahaja topik yang anda suka.

Pilih topik niche yang popular, buat Facebook Page, dapatkan seberapa banyak "like" yang boleh dan mula post entri yang relevan, menarik, dan entri yang berkaitan dengan niche tadi - dan, ya, sebahagian daripada entri/posts mengandungi link affiliate tetapi pastikan tidak semua posts perlu diletakkan link affiliate.

Perlu diingat, lebih banyak orang ‘like’ Facebook Page anda, lebih banyak ‘engagement’ yang akan menghasilkan jualan. Jika anda serius mengenai Facebook sebagai satu cara untuk membuat wang secara online tanpa laman web, anda boleh promosikan Facebook Page anda dengan Facebook Ads walaupun dengan budjet yang rendah, Facebook Ads adalah pilihan terbaik.

5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web (Bahagian 2/5)

Sabtu, 5 November 2016

5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web

5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web (bahagian 1/5)

Adakah benar boleh buat duit dalam talian (online) tanpa laman web? Jawapannya, Ya!

Dan saya tidak bercakap tentang laman web kaji selidik (walaupun memang ada yang betul-betul boleh buat duit!). Biasanya, apabila anda memikirkan menjana pendapatan secara online, minda anda spontan fikir untuk mempunyai sebuah blog atau laman web dan menggunakannya sebagai platform untuk  menjana wang.

Walaupun mempunyai blog atau laman web masih salah satu cara terbaik untuk membuat duit secara dalam talian (online), terdapat beberapa cara untuk mendapatkan wang tunai tambahan atau dijadikan pekerjaan sepenuh masa - tidak ada laman web yang diperlukan.

1. YouTube

Ramai jadi Jutawan YouTube pada tahun  2015. Bagaimana orang biasa membuat wang yang banyak secara online tanpa laman web? Simple. Dengan memuat naik dan video di YouTube - Duit Video.

Iklan YouTube

Dua cara yang popular untuk membuat Duit Video dengan YouTube ialah iklan dan video yang ditaja. Meletakkan iklan begitu mudah dengan hanya menghubungkan Google Adsense dengan YouTube. Jika anda tidak mempunyai akaun Google Adsense, anda boleh mendaftar secara percuma. Dengan Adsense, anda akan mendapat jumlah yang ditetapkan untuk setiap 1,000 paparan video yang anda terima.

Apabila penonton YouTube anda semakin ramai, anda akan ditawarkan untuk menyertai Rangkaian Multi-channel dan Program Rakan Kongsi YouTube (YouTube Partner Program). Ini memberi kelebihan promosi video anda di Youtube dan peluang iklan dikeluarkan di video anda adalah tinggi.

Jangan lupa tentang jualan affiliate di YouTube. Saluran (channel) yang memberi tumpuan kepada ulasan produk adalah platform yang sempurna untuk pemasaran affiliate. Malah, sesetengah orang membuat pendapatan online mereka hanya melalui jualan affiliate di Youtube. 

Tertarik dengan membuat wang dalam talian tanpa sebuah laman web dengan menggunakan YouTube?



Beberapa idea popular yang boleh anda lakukan termasuk:


Vlogging – Video blogging =Vlogging. Ia hanya seperti blog biasa tetapi anda membuat entri video bukan entri bertulis. Anda boleh vlog mengenai apa sahaja yang anda mahu - peristiwa-peristiwa semasa, renungan, ibu, kewangan, dan lain-lain. Vlog adalah cara yang paling mudah kerana anda tidak perlu apa-apa selain daripada kamera web dan fikiran anda sendiri!

Ulasan Produk - Seperti yang saya nyatakan, saluran ulasan produk mudah menghasilkan wang dengan iklan dan link affiliate. Jika anda menjadi cukup popular, banyak syarikat yang berminat membayar anda untuk mengulas produk mereka dalam  bentuk video.

Bagaimana-tos & Tutorial - Berjuta-juta penonton ke YouTube setiap bulan untuk belajar (how to do) bagaimana untuk melakukan segala-galanya daripada solek muka hingga bagaimana memasang tombol pintu pun. Jika anda kreatif, berguna, atau seorang pakar, anda boleh membuat wang dengan video berinformasi iaitu  berkongsi kepakaran dan ilmu anda dengan orang lain.

Memasak - Adakah anda mempunyai kemahiran masakan yang hebat? Tunjukkan video anda sedang memasak  kepada kami di YouTube sambil anda dapat bayaran dengan  melakukan sesuatu yang anda sukai. Hebat bukan. Saluran memasak juga boleh menjadi spesifik seperti resipi untuk yang mereka yang amalkan diet Atkins atau memasak dengan alatan tertentu seperti gril atau periuk Noxxa yang hangat di pasaran sekarang. Kenapa tidak? Ramai yang ada periuk Noxxa tetapi tidak reti menggunakannya.

Muzik - Jika anda ada bakat menyanyi atau boleh memainkan apa-apa instrumen muzik, pertimbangkan memulakan kerjaya muzik anda di YouTube seperti  Yuna dan Justin Bieber.

Membuat duit di Youtube boleh dilakukan oleh sesiapa pun. Saya pernah membuat beberapa video yang begitu pendek (kurang 1 minit) berkongsi tips pelihara ikan. Video bodoh-bodoh kata orang Melayu, ia memeberikan saya secara konsisten USD10 sebulan selama setahun. Bayangkan kalau kita mempunyai banyak video di Youtube!

Kalau berkesempatan saya akan kongsi cara buat duit video ni dalam bentuk ebook. Tapi bagi mereka yang serius nak menjana wang melalui video anda boleh dapatkan panduan lengkap dari Wazeen Azizan & Gobala Krishnan: Duit Video.

5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web (bahagian 1/5)

p/s: Jangan lupa untuk baca 5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web bahagian 2.